Thursday, February 9, 2012
Serius, tak tahu~
Assalamualaikum..
Well, bab perasaan ini aku memang tak pandai la. Serius, aku baru sedar. Aku tak pandai juga dalam bab-bab nak kenal hati budi orang ini...walaupun dah lama kenal, aku still tak boleh nak agak tingkah laku dia macam mana. Bukan nak bermaksud yang aku ini bukan kawan yang tak baik tau, but, memang aku tak pandai and tak tahu..ehmm..
Lagi satu, aku langsung tak ada bakat dalam bab pujuk memujuk nih la. Haha, rasa macam janggal kalau ada kawan aku yang ada problem and at the same time aku blur tak tahu apa nak buat. Nak pujuk ke? takut pula dia nak masa bersendirian. Tak pujuk? macam aku nih bukan kawan yang baik pula...tapi entahlah..last-last aku biarkan je la...kesian tengok dia. Aku pun selalu juga emosi, nangis bila ada masalah and aku dapati aku lebih suka emo-emo nih bila berseorangan and aku boleh agak la maybe dia pun tension sebab bila nak emo je. aku ada, bila nak nangis je, aku nampak...lepas tuh, sibuk tanya kenapa kat dia..daa, mesti tak selesa kan? so, aku rasa tuh la the best solution kot..oh yeah!!
But tak bermakna aku tak concern pasal kawan aku yang ada masalah tuh...percayalah, aku selalu mendoakan kebahagiaan dia and family dia..mungkin aku bukan seseorang yang reti untuk menuturkan kata-kata nasihat dan motivasi yang bermakna tapi aku hanya ada doa sebagai pengganti..semoga dia menemui jalan penyelesaian yang akan mengajar die erti hidup dengan lebih mendalam...
Kalau dia ada terbaca entry ini, yang aku pasti dia akan baca, atau sah la dia dah baca sekarang ini...semoga kita akan terus menjadi sahabat sampai bila-bila. Ikatan ukhwah kita akan kekal erat dan tidak terputus. Ingat la ukhwah yang diredhai Allah swt ialah di mana sepasang sahabat mengasihi sesama mereka serta mereka bertemu dan berpisah kerana Allah swt. So, maafkan la kesalahan saya selama ini ok? hehe, tak bermaksud pun begitu...segala nasihat yang diberi sentiasa utuh di hati..insya allah...jangan marah-marah, sedih-sedih, terasa-terasa(ehem2) hehe...i love u buddy...ingatlah, segala ujian yang datang pasti ada hikmahnya.Tabahlah mengahadapi dugaan ini..
"La tahzan, innalaha ma' ana>>>>jangan bersedih, Allah swt bersama kita....saya pun bersama awak..hehe..senyum selalu...serius, awak nampak cute, tapi jangan pi goda lelaki pula dengan senyuman awak itu..haha..
till here,
wassalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

bukan mudah menjadi terbaik antara yang terbaik
ReplyDeletenamun berusaha menjadi terbaik pun sudah cukup bermakna sebagai insan bergelar sahabat..
terima kasih k.ngah.. u always concern at me..
u do the best for our relationship.. wlaupun kita bru 8 bulan kenal.. kdg kala masalah yg dtg lebih indah jika dikongsi bersamaNya..Dia la yang memegang segala kunci kehidupan kita.. bukan tidak mahu berkongsi tapi tidak mahu membebani.. ingin sekali meluah namun risau luahan ada kesilapan yang boleh menyebabkan kita x redha dgn pemberianNya.. inilah kehidupan.. aku sedang menyiapkan diri menempuh kehidupan ini dengan bantuan engkau wahai sahabat =) terima kasih kerana memahami,menjaga dan menasihati serta bertahan terhadap diri ini yg sering melakukan kesilapn=)
semoga Allah meredhai mu dan merahmati mu sekeluarga.. Hanya iringan doa yang mampu aku balas
p/s: maaf guna byk gelaran : klong ,aku.. hehe
love u k.ngah =)