Sunday, April 22, 2012

cinta?

Assalamualaikum ....




wah, dah lama rasanya aku tak update blog nih. sebab aku rasa aku agak busy (konon la) dengan kerja-kerja kat u nih. tapi aku rasa takut la,hmm nak final dah nih..2 minggu lagi kot...hoho...aku kan dari dulu mana la selalu belajar..selalu baca last minute.dah jadi habit and you know what, ini lah satu dari habit aku yang paling susah nk diubah selain daripada selalu tidak menepati masa dan juga buat benda-benda yang tak berfaedah..hoho..eh, aku tak perasan la pula blog ni dah tukar style...lawa..hehe

Ok, hari ini aku nk bincangkan mengenai isu cinta. Well, suka kepada seseorang yang berlainan jantina adalah sesungguhnya suatu fitrah. Aku selalu terkena nih. mudah je nak suka kat orang. hm, tapi lepas aku dah ditarbiyah, aku dah tolak perasaan suka dan cinta ini kepada mana-mana lelaki. tapi, apakan daya, aku masih tersangkut dalam melayani perasaan begini. Kadang-kadang malu juga, sebab masih bercerita mengenai lelaki yang aku suka tuh kepada kawan-kawan. Itu antara topik yang memang tak pernah aku lupa kalau bersembang dengan mereka. Bila difikirkan kembali, ya, aku sangat bodoh, sebab percaya ke tak, aku pernah menyukai seseorang tuh selama 4 tahun tanpa pengetahuannya. Aku membazirkan waktu dalam hidupku pada masa itu dengan memikirkan dia. Argh, jahilnya aku tapi aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertaubat dan menyedari kesilapanku.

Aku tertarik dengan suatu ayat ini mengenai seorang perempuan solehah yang dirinya tidak dipandang, dan juga tidak memandang. Pandang apa sebenarnya? of course lelaki. Aku cuba mempraktikkan cara ini tapi macam biasa aku sering gagal. Aku kadang-kadang tak dapat mengelak daripada memerhatikan lelaki yang emm, aku rasa boleh tahan. hoho..malunya kan? tapi selalunya aku cover la kalau pandang diorang, walaupun aku tak sedar yang walaupun diorang tak perasan, tapi Allah swt Maha Mengetahui....gulp...

Kat Uni, aku dikenali sebagai budak yang agak baik (haha, kalau kenal, maybe tak de la baik sangat pun..=p) so, mostly budak-budak lelaki kat sini selalunya tak akan ganggu aku..or maybe just because i'm not pretty...istighfar banyak-banyak, aku patut bersyukur dilahirkan sempurna tapi selalu sahaja aku mempertikaikan rupa aku ini..mungkin ada hikmahnya aku dilahirkan tidak begitu cantik, aku selamat daripada gangguan-gangguan budak lelaki yang mungkin akan melemahkan imanku ini, mana tau kan? Allah swt yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. So alhamdulillah..=)

Di sini, aku ada meminati seorang budak kelasku. Jauh dari ideal type aku sebenarnya kerana dia langsung tidak ada ciri-ciri lelaki yang aku mahu kecuali pandai and sedap mata memandang. Aku tak pernah suka kat dia time semester 1, tapi entah kenapa sejak semester 2 bermula, aku mempunyai perasaan terhadapnya. Aku kadang-kadang selalu mengambil kesempatan untuk memandangnya, dan ya, aku telah melakukan semua perkara seorang muslimah sejati tak akan buat. Aku sangat lemah. Aku sering mempersoalkan kenapa aku mempunyai perasaan begini, aku nak lari tapi masih tak dapat.

Tiba-tiba, aku ada terbaca karya Hilal Asyraf yang mengatakan kalau kita suka kepada seseorang, cuba fikirkan sama ada kita mahu ke syurga nanti bersama orang tersebut atau tidak, aku tersedar. Aku tidak mahu ke syurga dengan budak lelaki ini, dia bukan untukku. Aku terfikir mengenai Rima (first crush aku), aku masih dengan keputusan yang sama, aku tidak mahu ke syurga bersama dia juga. So, siapakah orang yang aku ingin bersama pergi ke syurga? jawapannya masih belum kutemui, tapi aku tetap pasti pemilik tulang rusukku pasti ada untukku. Jika bukan di dunia, maka di syurga sahaja aku akan bertemu dengannya. Insya Allah..

Sekarang ini, aku tengah beristiqamah untuk menjaga hatiku dan menjadi perempuan yang solehah. Aku mahu bakal suamiku menjadi lelaki pertama yang mendapat cintaku ini, aku tidak mahu memberi bakal suamiku nanti cinta second-hand, tetapi aku tidak maksudkan perempuan yang pernah bercinta sebelum kahwin, cintanya tidak semulia dan sesuci perempuan yang tidak pernah bercinta kerana sesungguhnya Allah swt maha mengetahui. Mereka yang pernah bercinta dan telah bertaubat akan lebih senang untuk mengawal diri mereka untuk bercinta lagi, kerana mereka dah ada pengalaman. berbanding aku ini, yang mudah terdorong untuk melakukan perkara tersebut. Maka sentiasa bersyukurlah, semua yang berlaku ada hikmahnya. Allah swt tidak melihat permulaan seseorang, tapi pengakhirannya.

Aku akan berusaha untuk mejadi perempuan solehah kerana sesungguhnya perempuan yang baik utk lelaki yang baik. Kalau impikan lelaki yang soleh dan alim, diri ini juga harus berusaha menjadi begitu...insya allah, sebelum aku bertemu dengan mu, aku akan mengejar cinta Allah swt dan rasul dahulu dan jika kita akhirnya bertemu, bimbinglah aku untuk ke syurga bersamu..Amin...

Till here....
wassalam...

2 comments:

  1. wah.. benar.. alhamdulilah.. kerana kita di beri kefahaman.. kita tahu..kita faham..kita sedar.. yang tinggal hanya sedikit kekuatan utk kita laksanakan apa yg kita tahu faham dan sedar .. jika kita berjya lkukan..insyaAllah kita senng utk istiqamah.. n terus melakukan kebaikan yg lain..
    =)

    ReplyDelete
  2. hehe..alrite k long...wah, kuatkan semangat hadapi dugaan hidup di sini..hehe...

    ReplyDelete