Friday, August 17, 2012

Bye-bye Ramadhan vs Raya yeay!!

Assalamualaikum wbt..

Hai. Hm, apa khabar antum semua? betul ke? haih, kalau boleh belajar bahasa arab, seriously aku tak kan siakan. Bahasa arab bahasa syurga kot (kan?) plus bahasa Al-Quran al Karim...kan best dapat baca dah terus paham maksud dia, weee....bestnya~


Ok, back to my point buat post nih adalah Ramadhan is coming to an end, yeah, so soon right? macam baru je start and aku pun baru nak gandakan amal ibadah aku tapi dia dah nak pergi. Sedih tau tak? Bagi aku, alhamdulillah  Ramadhan nih membawa seribu satu makna dalam hidup aku dan aku harap untuk korang juga. Walaupun yeah kat awal-awal Ramadhan tuh aku banyak main-main and lalai sikit tapi nasib baik aku dapat kesedaran kat akhir-akhir nih..huuu, sedihnya. And, aku tahu Ramadhan aku nih walaupun aku makin meningkat dari segi lain tapi dari segi satu lagi nih langsung tak bergerak.Langung! Sedih wehy. Adoiai, bukan senang nak dapat peluang buat amal ibadah mcm nih, tapi aku buat dunno je. Maybe ni akan jadi Ramadhan last aku, hm, siapa tahu kan? Ya Allah, ampunkanlah kekhilafan aku ini. Aku tahu aku yang sebenarnya rugi, bukan sesiapa pun. At the end, I am the one who suffer~ Allah yang ciptakan kita, so Dia tak perlukan kita pun, kita yang perlukan Dia, like sangat-sangat perlukan Dia. So, hm, aku tak dapat nak kata apa pun. Aku dengan sikap malas aku nih, padahal orang-orang lain sangat lah rajin merebut pahala dan rahmat Allah swt. Tapi, sekarang bukan saat untuk menyalahkan diri. This means, I have to change myself. Masih ada peluang, Insya Allah. Be positive, you will not lose anything.  Muhasabah diri banyak-banyak sikit ye wahai diriku ini.


So, bila cakap Ramadhan dah nak habis,  mesti semua orang kecoh pasal yeay RAYA! haha, budak-budaklah yang suka sangat bila tiba raya nih, tapi mak bapak pening kepala fikir pasal duit.. hehe, lucky i am still not working, kalau tidak garu kepala la juga nak bagi duit. Yolah, adik eden nih kan banyak.Nak minta nanti tuh mesti bukan sikit-sikit, habis pokai kakak diorang nih. Haha..( terbayang masa hadapan yang 'cerah' sangat tuh) hehe, tapi kan aku tahun nih dah tak raya macam kecik-kecik dulu dengan baju raya  berpuluh pasang, kasut pelbagai jenama, ok, nampak sangat menipunye~ hehe, tapi kemeriahan time raya aku dulu dah tak sama macam sekarang. Aku sebenarnya tak adalah kisah sangat ayah aku tak nak beli baju raya tahun nih tapi aku lebih kesiankan adik-adik aku tuh je yang still kecik tapi semangat raya dah tak de. Hm, sesungguhnya,aku tak salahkan ayah aku. Dia pun bukan buat tuh tanpa sebab tapi  memang ada sebab pun (ayat pelik).tapi ketahuilah adik-adik aku, walaupun tak de baju or kasut baru, semangat raya tuh bukan terletak pada itu sahaja, TETAPI pada

LAGU RAYA~
 oleh itu, mari kita dengar lagu raya sama-sama dan nyanyi kuat-kuat...HAHAHAHA
kan dah terkena...

ok sebenarnya bukan tuh jawapan dia tapi nih hah...

Kalau raya hanya disandarkan kepada baju atau kasut baru,
Itu bukan raya namanya,
Kalau raya hanya disandarkan kepada duit raya siapa paling banyak,
Itu bukan raya namanya,
Kalau raya hanya disandarkan kepada rumah siapa paling lawa.
Itu buka  raya namanya,
Kalau raya hanya disandarkan kepada rumah siapa kuih raya paling sedap,
itu bukan raya namanya...

kerana Hari Raya itu adalah meraikan kemenangan kita semua umat Islam yang telah berjaya berpuasa sebulan, bukan untuk sesetengah golongan sahaja. (jadi siapa yang tak puasa itu tak boleh lah raya, haha *evil smirk). Raya secara bersederhana lebih digalakkan. Ingatlah ada orang lebih serba kekurangan dari kita. ( tengok tak iklan bernas? sumpah sedih). So, dapat beraya bersama keluarga tersayang itu kira lebih besar maknanya

Ok, sampai sini je lah coretan aku. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfiri, Maaf Zahir dan Batin.


p/s: orang Arab sana menangis bila hari Raya tiba, sedih kerana Ramadhan dan meninggalkan mereka? Kita pula macam mana?




2 comments:

  1. salamualaikum rini. ^^
    muwahaha. memang best pun belajar bahasa arab, tapi aku ni setakat basic budak2 darjah satu punya je. tapi kalau nak faham sikit2 digalakkan banyak 1 ayat kemudian tafsir, takpun cuba hafal surah2 or even ayat2 yang femes kan. hehe. nt bende tu kita faham sendiri.=)
    oh, pasal raya tu aku agak kesian la kat adik2 kau kalau diaorg bersedih sebab takde baju raya. harapnya mereka tabah, lagipun diaorang kan ada kakak baik macam kau. tanamkan semangat kemenangan, biah solehah kat diaorg! moga mereka jadi anak2 soleh dan solehah kelak. :D
    aku pun gembira untuk ramdhan kali ini.walaupun amal ibadat tak sehebat budak2 yang memang dah superb dalam jln Allah tapi insyaAllah penuh keikhlasan dan lebih baik daripada Ramadhan2 yg lepas. dan moga2 ramadhan ni dan ramadhan2 akan datang (insyaAllah kalau sempat ada Ramadhan akan datang) kita tidaklah mendapat lapar dan dahaga semata2. wallahualam.

    taqabbalallahu minna waminki ya habibi wa sadiqati.
    saya kangen banget sama kamu. :)

    *oh lagi satu, please buang verification untuk komen. bende ni selalu menghilangkan nafsu aku untuk komen blog kau. =.=''

    ReplyDelete
  2. haha..terima kasih putri...insya allah, aku akan ikut sume pesan ko....and seriously, aku baru tahu....komen aku ada verification rupanya,so aku dah buang pun. Patutla ramai malas nak komen. hehe...

    i miss u too...nnt aku nk sambung blaja dah....kalau ada masa, jom jumpa...=)

    ReplyDelete