Tuesday, October 2, 2012

Apakah?

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar bg sesiapa sahaja yang setia membaca blog aku ni, walaupun aku tak tau la ada ke yang baca eh? Hoho..Yela, who am I ? *bajey sedih* haha.

Ok, tujuan aku tulis post nih hanya satu je la...nak release tension yang semakin menyengat jiwa dan raga aku nih. Hey, aku tahu life nih tak easy..memang akan ada saja dugaan dan cabaran yang kita kena hadapi..macam yang tersebut dalam Al-Quran..

Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa:-”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” [Surah al-ankabut ayat 2-3]

So, memang nak tak nak, kita akan sentiasa menghadapi ujian and yang paling penting adalah cara kita handle ujian yang mendatang kat kita. Yeah baby! You got to be strong..

Bukan nak cakap apa la kan, aku rasa aku dah terima ujian yang agak berat kat tempat aku belajar sekarang nih. Hurm, biasalah manusia nih suka komplen and aku pun tak terlepas daripada jadi salah seorang manusia-manusia tersebut...Huahua, bila aku datang sini, seriously aku rindu Unimas..haha. dulu kat sana aku langsung tak hargai, siap kutuk-kutuk lagi, tapi bila dah datang tempat yang lagi worse dari sana, mula la rasa menyesal tak study elok-elok and terus sambung sana.. tapi Allah swt kan dah ada great plan untuk kita, so we have to believe in Him.

And satu kejadian yang tak akan aku lupa sampai bila-bila adalah kejadian yang seriously aku tak sangka akan berlaku kat aku seumur hidup aku. Tapi aku rasa aku handle benda tuh dengan baik sekali. Alkisahnya macam ni, hari kedua aku orientasi, kitaorang kena present sketch pasal entah apa study group kebenda. And guess what, I'm the main role. Kau bayangkan lah aku nih pasal berlakon-berlakon nih memang kaku sikit and kiteorang fully kena speaking in English sebab ada lecturer dari luar negara yang tak paham Malay...Fuuu...oh tak, aku tak mencarut kehy...hampir-hampir je...haha...

Then, malam tuh kiteorang kena berlakon..aku dah nerves-nerves dah...Yelah, mana kenal sangat dengan diorang kat sini nih...lepas tuh baru dpat tahu kena buat group cheer..practice cepat-cepat then terus naik stage..alahai...aku punya la bersemangat nak present. Mula nak cakap tuh kiteorang kena gerak ke depan sikit, cakap cheer dan langkah kebelakang balik..Time aku nak langkah kebelakang tuh, aku mungin terambil big step and BUMMM....


I fall down the stage..dengan satu kaki ke bawah, satu lagi masih atas pentas..and bandar aku tersandar kat dinding, kepala terdongak ke atas...Boleh bayangkan ke tak? haha...seriously dude, aku memang tak paham kenapa kena ada ruang kat belakang pentas tuh..shuvit!!

Yang aku dengar time tuh hanya bunyi..GASP!!*orang ramai terkejut* and tak silap aku ada yang tergelak...erghh...so not nice la kan...tapi nak tau tak apa aku buat..aku terus berdiri balik atas pentas and next thing aku buat......KETAWA! Yes, aku ketawa dengan penuh semangatnya like it's nothing...yeah...budak-budak lain pun ketawa la sekali plus terkejut sebab aku rilek je...tapi lecturers buat muka toya.*bukan nak cakap apa la kan* tapi blur habis..tak tunjuk sedikit concern pun..Alahai..aku ketawa pun sebab aku tak nak rasa awkward and aku tak nak diorang je yang gelakkan aku..Aku pun nak ketawa sama-sama dengan diorang..Biaq pi laa kan...padahal aku dalam hati dah nangis dah.asyik terfikir balik kenapa benda nih jadi kat aku? macam tak percaya je aku kena benda-benda macam nih...aku kan low profile je and tetiba je jadi big thing nih kat aku.. hoho..memang tak sangka la kan...

Aku terus ketawa and then sambung balik cheer dan terus berlakon like nothing ever happen tapi aku sangat fobia untuk mendekati tepi pentas lagi.haha..hmm...lepas habis je present aku terus keluar dewan. Rasa macam nak nangis, tapi aku tetap tahan. Aku tak nak jadi lemah.Hm, mesti ada sebab nih.. aku asyik fikir macam tuh la..Cuma aku rasa malu yang amat sangat. Aku tak nak orang kenal aku sebagai budak yang jatuh stage...sedih...

Tapi tak pelah, lama-lama aku dengar feedback orang yang diorang tak kenal pun sape yang jatuh pentas tuh, tapi kalau aku sebut baru je diorang teringat. Biasalah, manusia nih memang suka lupa pun..*amboih ayat* hehe. and mostly people cakap kat aku yang aku sangat brave sebab terus buat macam biasa..siap ketawa sekali padahal kaki aku sebenarnya dah sakit..huhu..diorang cakap kalau jadi kat diorang, memang diorang akan melalak awal-awal lagi..haha

Kira aku agak hebat la juga..Ecece..angkat bakul nampak. Tapi tak pelah, aku rasa aku dah makin matang sikit..haha...sikit je la..tak banyak mana pun..=p

Tapi ada satu ayat yang aku aku suka....memang kena betul dengan situasi aku..

"Katakan pada hati kita , “Ya Allah, aku layak diuji. Aku hanya hambaMu. Di sebalik ujian ini aku yakin ada kebaikannya. Cuma kerana kelemahan dan kejahilanku aku belum nampak wahai Tuhan. Namun aku tetap yakin di sebalik semua ini tetap ada kasih sayangMu."

Yeah, so memang ada hikmahnya.. Aku je yang tak sedar..hehe..ok lah, sampai di sni sahaja coretan aku...


wassalam...
kbai.



2 comments:

  1. Haha... Kenangan berharga tu... Simpan jela.. X yah nk sedih sangat-sangatlah! Semua org ade saat2 y memalukan terjadi kat diri sendiri... Cam aq jugak.. Tp aqkn cool je.. :pWek~

    ReplyDelete
  2. Haha, yup! Btol uw. Stiap org ad momen yg kte xnk egt n nk lpe kan. Tp trust me. 2 bend ko akn egt mse nk hbeh u nty. Hee. N memory uw ko akn smpan jd knangan. Tehee :) juz jd kan pglaman uw stu sndran tok kte jd lbey kuat. Ad org kne lg truk. So, hrgai la pe yg kte dpt. Keep going k? Luv u <3

    ReplyDelete